[Tips] Cara Untuk Menutup Fungsi Pengecaman Wajah Pada Facebook?! 0 190

Sebagaimana yang kita ketahui, Facebook sebelum ini pernah memperkenalkan satu fungsi baharu yang dikatakan mampu memberitahu pengguna Facebook apabila ada pihak yang memuat naik gambar anda ke laman sosial tersebut. Fungsi ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengelakkan orang lain daripada membuat akaun palsu menggunakan gambar individu lain.

Walaupun niat asal Facebook itu sebenarnya baik, tetapi keupayaan mereka untuk mengakses setiap gambar dan bebas untuk menggunakan pengecaman wajah telah menyebabkan banyak pihak merasa kurang senang. Disebabkan oleh itu, Facebook dilihat telah memberi pilihan kepada pengguna untuk tidak menyertai fungsi yang ditawarkan itu. Jadi berikut adalah caranya :

Langkah 1: Klik butang menu (ikon tiga garis) pada aplikasi Facebook dan pilih menu Settings & Privacy.

Langkah 2: Kemudian klik pada menu Privacy Shortcuts.

Langkah 3: Pilih menu More settings.

Langkah 4: Klik menu Face recognition.

Langkah 5: Pada ruangan FACE RECOGNITION, klik pada teks di dalam kotak putih.

Langkah 6: Pilih No’ untuk membatalkan penyertaan fungsi pengecaman wajah.

 

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend