[Tips] Cara Transfer Gambar Dari Smartphone Ke PC Windows 10 Paling Mudah! 0 174

Nahh, ni la cara yang kami rasa paling senang kalau nak transfer gambar dari smartphone ke PC menggunakan aplikasi Photos yang sudah sedia ada di dalam Windows 10.

Apa yang korang perlukan hanyalah aplikasi ‘Photos Companion’ yang perlu dipasang pada smartphone :

Caranya:

1. Buka aplikasi Photos di PC Windows 10 korang. (Perhatian! Jangan buka melalui gambar, nanti tetapan yang korang kena akses tak dipaparkan.)

2. Pergi ke butang menu (ikon dengan tiga titik) dan aktifkan fungsi ‘Preview’.

3. Tutup aplikasi Photos dan buka semula. Selepas itu pergi ke butang import dan pilih fungsi ‘From mobile over WiFi’.

4. Lancarkan aplikasi Photos Companion di smartphone dan imbas barcode yang dipaparkan di skrin komputer.

5. Sekarang korang dah boleh transfer gambar dengan cepat dan mudah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend