[Tips] Cara Mengisi Petrol Dengan Lebih Mudah Menggunakan Aplikasi Setel Comments Off on [Tips] Cara Mengisi Petrol Dengan Lebih Mudah Menggunakan Aplikasi Setel

Sekiranya anda inginkan cara mudah untuk membuat bayaran untuk isian petrol atau diesel di stesen minyak, kini Petronas telah tampil dengan aplikasi Setel yang membolehkan anda membuat bayaran terus di dalam kereta tanpa perlu beratur di kaunter bayaran.

Perkhidmatan Setel eksklusif hanya di stesen minyak Petronas dan kini ia tersedia di lebih 700 stesen Petronas di seluruh negara dan akan terus diperluaskan pada masa akan datang.

Bagi memudahkan anda mengetahui cara isian minyak menggunakan aplikasi Setel di stesen Petronas, berikut kami paparan langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

MUAT TURUN APLIKASI SETEL:

TAMBAH NILAI APLIKASI SETEL:

Sekiranya anda melihat papan tanda sokongan Setel di stesen Petronas terpilih, anda perlu membuat tambah nilai pada aplikasi Setel terlebih dahulu.

Terdapat dua kaedah boleh anda pilih untuk membuat tambah nilai iaitu menggunakan kad debit/kredit ataupun melalui perbankan online. Anda boleh memilih amaun tambah nilai yang diinginkan. Berdasarkan pengalaman kami, proses tambah nilai sememangnya sangat cepat.

CARA MEMBUAT BAYARAN UNTUK ISIAN MINYAK:

Langkah 1

Berhenti di mana-mana pam minyak dan anda boleh melihat nombor pam dengan sokongan perkhidmatan Setel.

Langkah 2

Apabila anda membuka aplikasi Setel di stesen Petronas, ia secara automatik akan mengesan lokasi anda dan klik sahaja pada butang ‘PURCHASE FUEL’ untuk memulakan proses isian minyak.

Langkah 3

Antaramuka seterusnya akan memaparkan panduan keselamatan ketika menggunakan aplikasi Setel seperti berikut:

  • Anda disarankan meletakkan kenderaan di ruangan pam.
  • Gunakan aplikasi Setel ketika berada di dalam kenderaan.
  • Apabila pam telah sedia, anda perlu matikan enjin dan jangan gunakan telefon pintar atau memasuki semula ke dalam kenderaan ketika proses isian minyak bermula.

Klik sahaja butang ‘GOT IT’ untuk meneruskan proses isian minyak.

Langkah 4

Pilih nombor pam seperti yang dapat anda lihat pada stiker pada mesin pam.

Langkah 5

Selepas nombor pam dipilih, anda perlu pilih amaun isian minyak yang dikehendaki dan secara automatik pengesahan perlu dibuat menggunakan nombor PIN ataupun pengimbas cap jari.

Langkah 6

Antaramuka akan memaparkan sambungan ke pam yang dipilih dan pengaktifan pam yang telah dipilih akan dipaparkan.

Langkah 7

Apabila berjaya, antaramuka ‘Start Fuelling Now’ akan dipaparkan dan pastikan tidak menekan butang ‘X’ pada bahagian atas antaramuka bagi mengelakkan proses isian minyak anda dibatalkan. Kini anda boleh terus membuat isian minyak seperti biasa.

PEMERIKSAAN STATUS ISIAN MINYAK:

Sebaik sahaja anda selesai membuat isian minyak, secara automatik status amaun bayaran yang lengkap dengan lokasi stesen minyak yang anda kunjungi akan dipaparkan untuk rujukan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend