[Tips] Aktifkan Fungsi ‘WiFi Bridge’ Pada Peranti EMUI 9.0/9.1 Untuk Memperluaskan Rangkaian WiFi Comments Off on [Tips] Aktifkan Fungsi ‘WiFi Bridge’ Pada Peranti EMUI 9.0/9.1 Untuk Memperluaskan Rangkaian WiFi 671

Anda pastinya pernah berhadapan dengan situasi di mana isyarat rangkaian WiFi di rumah ataupun pejabat tidak begitu stabil ataupun meluas. Perkara ini kebiasaannya terjadi apabila anda berada di dalam bilik ataupun jauh daripada penghala (router), jadi bagi mengatasi isu tersebut, peranti Huawei atau Honor yang dioperasikan dengan EMUI 9.0 dan EMUI 9.1 telah disediakan dengan fungsi khas yang dikenali sebagai ‘WiFi Bridge’.

Huawei WiFi Bridge

Apabila fungsi ‘WiFi Bridge’ diaktifkan, peranti Huawei atau Honor akan digunakan untuk membantu memperluaskan lagi rangkaian WiFi. Dalam erti kata lain, peranti anda yang telah disambungkan ke rangkaian WiFi akan menguatkan lagi rangkaian tersebut, dan kemudiannya akan menghantar isyarat tersebut untuk peranti lain yang berdekatan.

Cara mengaktifkan fungsi ‘WiFi Bridge’ pada peranti dengan EMUI 9.0:

Langkah 1


→ Akses Settings dan klik pada menu Wireless & networks.

Langkah 2


→ Kemudian akses menu Tethering & portable hotspot.

Langkah 3


→ Klik pada menu WiFi Bridge.

Langkah 4


→ Aktifkan fungsi WiFi Bridge dan kemudian klik pada menu Set WiFi Bridge.

Langkah 5


→ Tetapkan kata laluan anda dan kini fungsi WiFi Bridge telahpun berjaya diaktifkan.

Cara mengaktifkan fungsi ‘WiFi Bridge’ pada peranti dengan EMUI 9.1:

Langkah 1


→ Sama seperti EMUI 9.0, klik pada Settings dan pilih menu Wireless & networks.

Langkah 2


→ Kemudian pilih menu Personal hotspot.

Langkah 3


→ Seterusnya klik pada menu More.

Langkah 4


→ Klik pada menu WiFi Bridge.

Langkah 5


→ Aktifkan fungsi WiFi Bridge dan klik pada menu Set WiFi Bridge.

Langkah 6


→ Tetapkan kata laluan anda dan kini fungsi WiFi Bridge telahpun berjaya diaktifkan.

Nota!

Pengaktifan fungsi WiFi Bridge pada peranti EMUI 9.0 atau EMUI 9.1 membolehkan sehingga empat peranti lain disambungkan. Dalam erti kata lain, peranti anda akan menawarkan fungsi yang sama seperti WiFi Hotspot. Namun begitu ia tidak akan menggunakan data Internet peranti anda, sebaliknya akan menggunakan rangkaian WiFi di rumah atau pejabat.

Perhatian!

  • WiFi Bridges tidak boleh digunakan serentak dengan fungsi sambungan yang lain, seperti Multi-screen, Huawei Share ataupun Huawei Beam.
  • Pengaktifan WiFi Bridges akan menggunakan tenaga bateri yang tinggi, jadi anda dinasihatkan mengaktifkannya bila perlu sahaja.

Miliki telefon pintar Huawei secara eksklusif di Huawei Online Official Store

Baca juga:

[Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend