Tim Cook Dilihat Guna iPhone X Terbaharu Dan Apple Watch Series 4 Comments Off on Tim Cook Dilihat Guna iPhone X Terbaharu Dan Apple Watch Series 4

Apple dijadualkan akan membuat acara terbesar mereka bulan hadapan dengan memperkenalkan barisan produk terbaharu seperti siri iPhone 2018, Apple Watch Series 4, dan iOS 12 kepada umum. Terkini melalui satu gambar yang tersebar, Tim Cook, CEO Apple dilihat sedang bermain dengan mainan ‘rahsia’ yang disyaki iPhone X 2018.

Jelas sekali peranti yang dipegang beliau adalah yang terbaharu kerana peranti tersebut berwarna emas. Seperti yang dibualkan sebelum ini, warna emas ialah pilihan warna baharu selain hitam dan putih. Disamping itu, turut kelihatan ialah seutas jam tangan pintar yang dipercayai Apple Watch Series 4 – berikutan warna emas kilau pada kerangka dan papan pemuka yang sedikit besar berbanding model semasa.

Apple iPhone akan dilancarkan dengan tiga model bermula dengan model bajet, iPhone X (generasi kedua), dan iPhone X Plus dengan skrin 6.5-inci yang menyokong dwi SIM – versi dwi SIM dikhabarkan akan dipasarkan di China sahaja. Bagaimanapun, kesemua iPhone pada tahun ini akan dilengkapi skrin penuh bertakuk.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend