TikTok Disaman Kerana Mengumpul Dan Menghantar Data Pengguna Aplikasi Itu Ke China Comments Off on TikTok Disaman Kerana Mengumpul Dan Menghantar Data Pengguna Aplikasi Itu Ke China

Aplikasi TikTok sememangnya popular di kalangan pengguna dari seluruh dunia kerana ia menjadi platform untuk pengguna berkongsi pelbagai video pendek yang unik dan kreatif. Namun disebalik popularitinya, TikTok baru-baru ini telah berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Pemfailan saman terhadap ByteDance yang menjadi tunjang utama TikTok di California, telah dibuat berikutan tindakan syarikat yang berasal dari Beijing itu didakwa telah mengumpul dan menghantar data pengguna ke China tanpa pengetahuan ataupun persetujuan daripada pengguna aplikasi tersebut.

Selain itu, dalam tuntutan mahkamah turut mendakwa bahawa aplikasi itu turut mengandungi ‘perisian pengawasan China’, yang membolehkannya untuk mengakses data pengguna dan menghantarnya ke pelayan di China, termasuk yang dikendalikan oleh Tencent dan Alibaba Group Holdings.

Namun begitu TikTok baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah menyimpan segala data pengguna di AS daripada dikongsikan ke negara luar. Ia turut mengesahkan bahawa segala kandungan berhubung politik tidak akan disekat, seiring dengan arahan yang diterima dari Beijing.

Malah pada minggu lepas, akaun TikTok seorang remaja dari New Jersey telah disekat selepas video yang menyebarkan kesedaran tentang isu Uighurs di Xinjiang telah tular. Tidak cukup dengan itu, TikTok juga dilaporkan telah memadam video tersebut dan kemudiannya mendakwa bahawa ia adalah tidak disengajakan.

Baca juga:

TikTok Diharamkan Di India Atas Unsur Pornografi – Ghaib Daripada Play Store Dan App Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend