TikTok Catat Jumlah Muat Turun Tertinggi Pada Peranti Android dan iOS Untuk Januari 2020 Comments Off on TikTok Catat Jumlah Muat Turun Tertinggi Pada Peranti Android dan iOS Untuk Januari 2020

Awal tahun yang lalu kami telahpun berkongsi bahawa aplikasi sosial popular TikTok telah berjaya berada di kedudukan kedua dalam senarai sebagai aplikasi sosial paling banyak di muat turun sepanjang tahun 2019.

Ternyata TikTok semakin digemari oleh pemilik peranti Android dan iOS apabila penganalisa SensorTower telah mendedahkan bahawa aplikasi sosial itu telah berjaya mencatatkan jumlah muat turun global tertinggi pada peranti Android dan iOS sepanjang Januari tahun ini.

Mencatatkan jumlah muat turun sebanyak 104.7 juta, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 46 peratus sejak Januari 2019. India merupakan negara mencatatkan muat turun tertinggi dengan 34.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Manakala aplikasi Facebook pula berada di kedudukan kedua dengan mencatatkan jumlah muat turun mencecah 61.9 juta, iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus sejak Januari 2019.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend