TikTok Boleh Diakses Semula Di India Comments Off on TikTok Boleh Diakses Semula Di India

Minggu lalu seramai lebih 120 juta pengguna TikTok di India telah terkesan akibat pengharaman aplikasi tersebut di sana. Ia berlaku selepas kerajaan India mengambil keputusan untuk menyekat akses ke aplikasi berkenaan gara-gara kandungan lucah yang semakin berleluasa.

Hari ini, pengharaman ke atas TikTok telah dihentikan apabila mahkamah menarik semula perintah tersebut selepas rayuan ByteDance dikemukakan. Ia sekaligus mengembalikan semula TikTok ke dalam gedung Google Play Store dan Apple App Store selepas hampir 9 hari ia dibuang.

Jurucakap TikTok mengatakan syarikatnya menerima keputusan mahkamah dan mengambil peluang ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna walaupun kerugian yang dicatatkan sepanjang pengharaman dianggarkan sekitar USD500,000 (~RM2.06 juta) sehari.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend