TikTok Atasi Facebook Sebagai Aplikasi Kedua Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2019 Comments Off on TikTok Atasi Facebook Sebagai Aplikasi Kedua Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2019

Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan kontroversi, aplikasi sosial TikTok yang berpangkalan dari China ini telah berjaya menyaksikan peningkatan populariti yang dilihat semakin meluas.

Sepanjang tahun 2019, TikTok telah mencatatkan jumlah muat turun mencecah 738 juta di seluruh dunia, berbanding aplikasi paling popular WhatsApp yang mencatatkan sebanyak 850 juta kali muat turun.

Manakala aplikasi Facebook Messenger dan Facebook masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun sepanjang tahun lepas.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh Sensor Tower, aplikasi TikTok mencatatkan peningkatan muat turun sehingga 83 peratus atau 10 juta melaljui App Store di Amerika Syarikat sahaja untuk suku ke-4 tahun 2019.

Pengguna di India juga telah mencatatkan hampir 45 peratus jumlah muat turun aplikasi TikTok untuk buat pertama kali sepanjang tahun 2019 yang lepas.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend