Tiga Model Siri ASUS ZenFone 3 Ini Akan Terima Android 8.0 Oreo Mulai Pertengahan Mac 2018… Comments Off on Tiga Model Siri ASUS ZenFone 3 Ini Akan Terima Android 8.0 Oreo Mulai Pertengahan Mac 2018…

Bagi membuktikan komitmen berterusan ASUS terhadap peranti keluarannya, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa tiga model yang diperkenalkan pada bulan Julai 2016 hingga hingga Januari 2017 yang lalu, akan menerima kemas kini versi terbaru Android.

Tiga model yang dimaksudkan itu adalah dari siri ZenFone 3 iaitu ZenFone 3 Laser (ZC551KL), ZenFone 3 Deluxe (ZS550KL), dan juga ZenFone 3 Zoom (ZE553KL). Menurut ASUS Malaysia, ketiga-tiga model ini akan menerima kemas kini Android 8.0 Oreo terus melalui peranti mereka secara FOTA.

Ketersediaan kemas kini Android 8.0 Oreo ini akan mula diterima bermula pertengahan sehingga penghujung bulan Mac 2018 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend