
Jika ada diantara anda yang masih lagi tidak tahu mengenai peraduan ‘Bebas2njoy’, ia adalah peraduan yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) khusus bagi pengguna pelan prabayar unifi mobile. Hadiah yang ditawarkan ialah secara mingguan dan bulanan.
Bagi hadiah mingguan, sebanyak 10 buah telefon pintar Samsung Galaxy S9 aka diberikan kepada pemenang bertuah. Ia akan berakhir tengah malam ini, 3 Julai 2018 dan akan menggantikan dengan telefon pintar premium jenis lain pada minggu yang berikutnya.
Sementara untuk hadiah bulanan pula, TM menawarkan kereta Honda Jazz, Perodua Myvi, dan motosikal Vespa S125 menjadikan keseluruhan sembilan kenderaan untuk dimenangi.
Untuk menyertai peraduan ‘Bebas2njoy’, anda dikehendaki ikuti langkah seperti dibawah:
Langkah 1: Muat turun aplikasi [email protected] > Daftar kad sim percuma > Aktifkan sim
Langkah 2: Tambah nilai > Beli DATA tambahan
Langkah 3: Kumpul mata ganjaran untuk menangi hadiah (600 mata = hadiah bulanan) (200 mata = hadiah mingguan)