Terdapat Unit Samsung Galaxy Note 9 Berhadapan Dengan Isu Ketirisan Cahaya Comments Off on Terdapat Unit Samsung Galaxy Note 9 Berhadapan Dengan Isu Ketirisan Cahaya

Samsung Galaxy Note 9 baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos yang lalu dan menariknya seminggu selepas itu, ia telah dilancarkan pula secara rasmi di Malaysia. Berdasarkan daripada perkongsian dari pemiliki Galaxy Note 9 di forum Android Central, peranti miliknya dilaporkan berhadapan dengan isu ketirisan cahaya.

Malah ada segelintir pemilik Galaxy Note 9 telah mengesahkan turut berhadapan dengan isu yang sama pada peranti milik mereka. Ketirisan cahaya yang dapat dilihat pada sisi kiri Galaxy Note 9 ini dikatakan terjadi pada bahagian sambungan di antara hujung skrin dan bingkai logam pada kerangka.

Sungguhpun begitu, tidak semua unit Galaxy Note 9 berhadapan dengan isu tersebut. Rata-rata daripada pemilik yang tidak terlibat dengan masalah itu berpendapat ia mungkin sekadar ilusi daripada skrin yang melengkung. Buat masa ini Samsung dikatakan sedang melihat dengan lebih lanjut tentang permasalahan tersebut.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend