Terdapat Segelintir Pemilik Peranti Android 10 Sudah Mula Menerima Mod Gelap Untuk Google Play Store Comments Off on Terdapat Segelintir Pemilik Peranti Android 10 Sudah Mula Menerima Mod Gelap Untuk Google Play Store 191

Berikutan daripada laporan yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa penggunaan antaramuka gelap pada peranti yang menyokong panel skrin berasaskan OLED, banyak pembangun termasuk Google dilihat sudah mula mengambil pendekatan untuk tampil dengan sokongan mod gelap pada aplikasi yang dibangunkan.

Baru-baru ini portal xdadevelopers telah memaklumkan bahawa segelintir daripada pemilik telefon pintar Android yang dioperasikan dengan kemas kini Android 10 sudah mula menerima mod gelap untuk aplikasi Google Play Store. Walau bagaimanapun, ia mungkin masih lagi dalam peringkat percubaan untuk diuji oleh pengguna secara rawak.

Bahkan sebelum ini Google terlebih dahulu memperkenalkan sentuhan antaramuka yang lebih ringkas dan kemas pada Google Play Store, tetapi sebelum ini ia tampil dengan sentuhan warna putih secara keseluruhannya. Jadi berkemungkinan besar ketersediaan mod gelap untuk aplikasi ini mungkin akan diberikan secara lebih meluas dalam masa terdekat ini.

Baca juga:

Google Mengesahkan Sokongan Antaramuka Gelap Sepenuhnya Untuk Versi Android Q

Facebook Dengan Antaramuka Gelap Dipercayai Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Android

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend