Terdapat Pengguna Android Mula Menerima Fungsi ‘Picture-in-Picture’ Tanpa Langganan Bulanan YouTube Red Comments Off on Terdapat Pengguna Android Mula Menerima Fungsi ‘Picture-in-Picture’ Tanpa Langganan Bulanan YouTube Red

Apabila Android 8.0 Oreo mula diperkenalkan oleh Google, antara fungsi menarik yang sering difokuskan adalah sokongan fungsi ‘Picture-in-Picture’ atau PiP. Melalui fungsi ini, pemilik peranti Android berupaya memainkan video atau navigasi peta di dalam tetingkap kecil dan ia boleh digerakkan pada mana-mana bahagian skrin bagi memastikan membolehkan pengguna mengoptimumkan ciri pelbagai tugasan.

Sungguhpun begitu, agak mengecewakan kerana Google dilihat telah menyekat akses PiP itu pada aplikasi YouTube dan pengguna hanya boleh menggunakan fungsi itu sekiranya mereka melanggan perkhidmatan YouTube Red secara bulanan. Tetapi baru-baru ini ada di antara pengguna di Reddit telah berkongsi bahawa ada di antara mereka telahpun menerima fungsi PiP pada peranti Android Oreo milik mereka.

Ada pengguna yang sudah menerima fungsi PiP (Picture-in-Picture) melalui kemas kini YouTube versi 13.16.55.

Melalui perkongsian dari laman tersebut, aplikasi YouTube yang digunakan adalah dari versi 13.16.55 tetapi apa yang menghairankan, tidak semua pengguna dengan versi tersebut menerima fungsi itu. Malah ada laporan yang mengatakan tidak semua video di YouTube boleh menyokong fungsi itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend