Terdapat Pemilik Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Melaporkan Peranti Terpadam Dengan Sendirinya Comments Off on Terdapat Pemilik Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Melaporkan Peranti Terpadam Dengan Sendirinya 326

Dilancarkan secara rasmi pada awal bulan Mei yang lalu, Google telah memperkenalkan dua model terbaharunya iaitu Pixel 3a dan juga Pixel 3a XL yang ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik. Dari segi sokongan prestasi, Pixel 3a dan Pixel 3a XL boleh dikelaskan sebagai peranti kelas pertengahan, namun keupayaan penggambarannya langsung tidak mengecewakan kerana setanding dengan siri Google Pixel 3.

Namun begitu berdasarkan pendedahan yang dikongsikan, terdapat pemilik Pixel 3a dan Pixel 3a XL telah melaporkan berhadapan dengan isu peranti terpadam secara tiba-tiba apabila ia tidak digunakan. Apabila isu ini berlaku, pemilik kedua-dua peranti itu dikatakan terpaksa menjalankan proses ‘hard reboot’ dengan menekan butang kuasa selama 30 saat untuk menghidupkannya semula.

Isu ini dikatakan bukan berpunca daripada aplikasi yang telah dipasang pada peranti berkenaan kerana ia dilihat masih berlaku walaupun ‘Safe Mode’ diaktifkan. Menurut pendapat salah seorang daripada pengguna yang terkesan, ia mungkin disebabkan oleh isu pada sambungan WiFi kerana peranti akan terpadam dengan sendirinya apabila disambungkan ke rangkaian tersebut.

Buat masa ini pihak Google dilaporkan masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang dihadapi oleh Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Baca juga:

Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Kini Rasmi Dengan Kamera Setanding Pixel 3 Pada Harga Lebih Mampu Milik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend