Tencent Bekerjasama Dengan Black Shark, Bakal Keluarkan Telefon Pintar Permainan Tidak Lama Lagi Comments Off on Tencent Bekerjasama Dengan Black Shark, Bakal Keluarkan Telefon Pintar Permainan Tidak Lama Lagi

Pada April tahun lalu, Tencent telah memanggil beberapa pengeluar seperti ASUS, Razer, dan Black Shark untuk kerjasama dalam mengeluarkan telefon pintar permainan.

Kini syarikat terbesar di China itu telah membuat keputusan bahawa mereka telah memilih Black Shark sebagai rakan kerja bagi tahun ini selepas ASUS pada 2019 melalui ROG Phone II edisi Tencent.

Menurut laporan, Tencent Games mengumumkan kerjasama dengan Black Shark untuk pembangunan telefon permainan merangkumi perisian dan juga perkakasan.

Black Shark 2 Pro

Kedua-dua syarikat masih belum memberi butiran terperinci mengenai peranti yang ingin dikeluarkan, tapi banyak khabar angin mengatakan ianya ialah Black Shark 3.

Black Shark 3 bagaimanapun mungkin hadir dengan paparan 120Hz beresolusi QHD, cip pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan 5G, serta memori RAM sehingga 16GB.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend