Telegram 5.4 Bawa Kemas Kini Memainkan Video Secara Auto Dan Pilihan Tetapan Lebih Menarik Comments Off on Telegram 5.4 Bawa Kemas Kini Memainkan Video Secara Auto Dan Pilihan Tetapan Lebih Menarik 257

Aplikasi permesejan Telegram hari ini mula melepaskan kemas kini perisian terbaru versi 5.4 kepada para pengguna. Kemas kini membawakan sejumlah ciri yang dinantikan pengguna seperti memainkan video secara auto, tetapan muat turun automatik, dan pilihan alternatif log keluar.

Ciri memainkan video secara auto adalah seakan sama seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Sebaik anda menatal skrin perbualan, kandungan video akan dimainkan secara automatik tanpa suara. Anda juga boleh nyahpadam suara pada bila-bila masa dengan menyentuh ikon atau menekan butang laras kuasa peranti.

Tetapan terbaharu juga memberikan anda lebih banyak pilihan pada bahagian muat turun automatik sekiranya ingin menggunakan data peranti, Wi-Fi, ataupun perayauan. Terdapat juga tetapan untuk permesejan, jenis fail, dan saiz fail.

Terakhir sekali, Telegram turut menyertakan pilihan untuk melog keluar selain pengguna juga kini diberi pilihan untuk memasukkan akaun kedua, tetapkan kod laluan, kosongkan cache, menukar nombor telefon, atau menghubungi sokongan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend