Telefon Pintar Piala Dunia Vivo NEX Akan Tiba Di Malaysia Sekitar Bulan Julai Hingga September Comments Off on Telefon Pintar Piala Dunia Vivo NEX Akan Tiba Di Malaysia Sekitar Bulan Julai Hingga September

Melalui laman Facebook vivo Malaysia, syarikat tersebut mengumumkan mereka bakal membawa masuk telefon pintar terbaharu vivo NEX ke pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Ini bermakna ia akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai sehingga September jika tiada arah melintang.

Pengenalan vivo NEX di Malaysia nanti secara tidak langsung akan memberi impak besar kepada pasaran telefon pintar daripada Oppo khususnya Oppo Find X. Kedua-dua telefon pintar ini direka dengan penuh inspirasi melalui sistem kamera yang tersorok.

Kamera depan yang akan dinaikkan sebaik aplikasi kamera menukar rakaman kepada swafoto

Untuk vivo NEX ia hadir dengan kamera gelungsur di bahagian atas untuk merakam gambar swafoto. Sementara kamera belakang dibiarkan di luar tidak seperti oppo Find X yang dimuatkan didalam kerangka.

Mengikut kertas spesifikasi vivo NEX didatangkan dengan skrin penuh 6.59-inci yang menyokong pengimbas cap jari pada skrin. Nisbah skrin-ke-kerangka yang mencapai 91.3% ini memiliki resolusi skrin FHD+ 2316 x 1080 piksel. Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 845, peranti ini turut dijana bateri sebesar 4,000mAh dan memori RAM sehingga 8GB serta storan sehingga 256GB.

Tidak diketahui lagi tarikh khusus dan varian yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Umumnya, peranti ini dikeluarkan dengan tiga varian yang berbeza (jenis memori).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend