Telefon Pintar Pertama Huawei Dengan Kamera Depan Terangkat Kini Dilancarkan Comments Off on Telefon Pintar Pertama Huawei Dengan Kamera Depan Terangkat Kini Dilancarkan 366

Huawei hari ini telah melancarkan Huawei P Smart Z secara rasmi di Eropah sekaligus menjadikan ia peranti pertama daripada Huawei dengan rekaan kamera depan terangkat.

Dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, P Smart Z dilengkapi skrin FHD+ 2340 x 1080 piksel bersaiz 6.59-inci tanpa takuk. Peranti ini dijana cip pemproses Kirin 710F (versi naik taraf), memori 4GB RAM dan 64GB storan yang juga menyokong kad microSD sehingga 512GB. Ia dijalankan di atas sistem operasi EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie bersama bateri berkapasiti 4,000mAh.

Bercakap tentang kamera depan, ia telah dimuatkan sensor 16MP f/2.0 yang akan timbul secara automatik sebaik aplikasi kamera dibuka. Manakala kamera belakang pula dilengkapi sistem dwi-kamera 16MP f/1.8 dan 2MP f/2.4 disamping lampu LED flash.

Daripada segi ketahanan, Huawei P Smart Z dikatakan boleh menahan 12kg daya tarik lebih dari 100,000 kali ujian serta mampu bertahan dalam keadaan persekitaran suhu kritikal diantara -20 hingga -60 darjah celcius.

Peranti ini akan diperkenalkan di beberapa negara di Eropah pada harga sekitar €210 atau lebih kurang RM976 sebuah. Bagaimanapun, di Amazon pula ia dijangka akan dijual pada harga €270 atau kira-kira RM1,254.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend