Telefon Pintar Misteri Huawei Dipercayai Hadir Dengan Kirin 980, Skrin 6.39″ FHD+ dan Kamera 48MP Comments Off on Telefon Pintar Misteri Huawei Dipercayai Hadir Dengan Kirin 980, Skrin 6.39″ FHD+ dan Kamera 48MP 516

Selain ketirisan spesifikasi awal yang dipercayai akan diperkenalkan pada tiga tablet keluaran Huawei, Ketua Editor di XDA Developers iaitu Mishaal Rahman turut mendedahkan spesifikasi awal satu lagi telefon pintar misteri keluaran Huawei yang hadir dengan nombor model SEA-AL10/TL10.

Peranti misteri ini dikatakan akan dikuasakan oleh cipset Kirin 980 dengan menyokong paparan skrin berukuran 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh. Keupayaan penggambarannya pula akan dilengkapi dengan kamera depan beresolusi 25MP menggunakan sensor Sony IMX576.

Manakala untuk kamera utamanya pula, ia tersedia dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586), lensa kedua 12MP (Sony IMX380), dan juga lensa ToF (Sony IMX316). Buat masa ini masih tidak diketahui konfigurasi kamera yang akan digunakan, tetapi berkemungkinan besar ia akan hadir dengan mod penggambaran sudut lebar untuk lensa keduanya.

Panel depan Huawei Nova 4 yang hadir dengan rekaan lubang kamera di dalam skrin.
Rekaan panel belakang Huawei Nova 4 dengan sokongan tiga kamera pada permukaan kaca dengan efek warna cerun.

Berdasarkan respons daripada perkongsian spesifikasi di Twitter ini, ada pihak yang percaya ia merupakan model Huawei Nova 5 yang akan dilancarkan di China pada Disember 2019 nanti. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita nantikan pendedahan lanjut pada masa akan datang.

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e di Huawei Online Store:

Baca juga:

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

Huawei Dilaporkan Sedang Menghasilkan Tiga Model Tablet Dengan Sokongan Cipset Kirin 980

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend