Telefon Pintar Gaming Nubia Red Magic 2 Pula Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Telefon Pintar Gaming Nubia Red Magic 2 Pula Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Trend telefon pintar yang memfokuskan aspek gaming sudah tidak asing lagi pada masa kini berikutan lebih banyak peranti dilihat telah mula memperkenalkan model yang dikhususkan untuk pengguna yang mementingkan ciri tersebut.

ASUS ROG Phone dan Razer Phone 2 baru sahaja dilancarkan secara rasmi, malah berita ketirisan mengenai Xiaomi Black Shark 2 juga telah banyak dikongsikan di Internet. Nampaknya Nubia juga tidak mahu ketinggalan untuk hadir dengan peranti gaming generasi keduanya dengan kemunculan Nubia Red Magic 2, dan ia telah disahkan melalui perkongsian imej poster di laman Weibo baru-baru ini.

Walaupun Nubia masih belum mendedahkan spesifikasi yang akan disokong oleh Red Magic 2, ada khabar angin yang berpendapat bahawa ia akan menyokong pemproses Snapdragon 845, teknologi penyejukan, RAM berkapasiti 8GB dan juga ruang storan 128GB atau 256GB.

Peranti Gaming Nubia Red Magic Serta Spesifikasinya Kini Didedahkan Kepada Umum Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend