Telefon Pintar Gaming iQOO Berharga RM2399 Akan Dijual Pada 22 Jun Ini Di Malaysia Comments Off on Telefon Pintar Gaming iQOO Berharga RM2399 Akan Dijual Pada 22 Jun Ini Di Malaysia

Masih ingatkah anda dengan telefon pintar iQOO? Ya, nama iQOO pernah menggemparkan arena telefon pintar beberapa bulan lalu apabila Vivo mengumumkan sub-jenama sulung mereka yang memfokuskan kepada gaming.

Kini, kami difahamkan penjual telefon pintar terkemuka Satu Gadget akan membawa masuk telefon pintar tersebut. Melihat kepada iklannya di Facebook, kedai ini bakal menjual varian 12GB + 128GB pada harga RM2,399 dengan pilihan warna Samurai Black dan Optic Blue.

Harga yang diletakkan juga agak berpatutan pada kami, bagaimanapun set yang dijual bukanlah set rasmi sebaliknya China ROM. Tetapi menurut mereka, setiap unit yang dijual akan disertakan Google Play Store bagi memudahkan pengguna memuat turun aplikasi dan sebagainya. Jaminan satu (1) tahun akan diberikan oleh Satu Gadget Vivo Malaysia.

Jika anda berhajat untuk mendapatkan iQOO, anda boleh terus ke kedai Satu Gadget di Menara PGRM (HQ), SS15 (Subang Jaya), atau Digital Centre (Sunway Pyramid) bermula 22 Jun 2019.

Bagi yang menetap jauh dari tiga lokasi ini, Satu Gadget juga membuka tempahan telefon pintar ini di kedai dalam talian mereka bermula hari ini.

Spesifikasi iQOO:

  • 6.41-inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080p)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 12GB RAM / 128GB ROM
  • Android 9 Pie / Funtouch OS 9
  • 12MP + 13MP + 2MP
  • 12MP Selfie
  • 4000mAh Fast Charge 44W (100% – 45 minit)
  • USB Type-C, Bluetooth 5.0, 3.5mm headphone jack
  • Pengimbas cap jari dalam skrin, dual-SIM

Baca juga:

Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan

Vivo iQOO Dengan Teknologi Vivo Super FlashCharge 44W Berupaya Dicas Penuh Kurang 50 Minit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend