Telefon Pintar Dengan Pembaca Mikroplate Ini Berupaya Mengesan Bakteria Dan Virus Sehingga 99.9% Comments Off on Telefon Pintar Dengan Pembaca Mikroplate Ini Berupaya Mengesan Bakteria Dan Virus Sehingga 99.9%

Penyelidik di Washington State University baru-baru ini telah berjaya menghasilkan sebuah telefon pintar dengan keupayaan makmal mini pada kos yang sangat rendah iaitu hanya USD50 atau kurang dari RM200. Malah ia dikatakan boleh mendapatkan keputusan pengujian yang setanding dengan makmal tradisional.

Di dalam ujian yang melibatkan 771 sampel pesakit daripada 12 penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan bakteria biasa, telefon pintar dengan keupayaan makmal mini ini hanya mengembalikan keputusan positif palsu dengan kadar purata sekitar satu peratus sahaja. Secara keseluruhannya, telefon pintar makmal ini berupaya memberikan ketepatan ujian antara 97.59% hingga 99.90%.

Telefon pintar makmal ini telah dilengkapi dengan pembaca mikroplate dan gambar sampel yang diambil menggunakan kamera terbina-dalam itu akan dianalisa menggunakan perisian komputer bagi menentukan keputusan positif atau negatif. Dengan saiz yang kompak, ia sememangnya mudah untuk dibawa ke mana-mana, terutamanya di kawasan pedalaman.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend