Telefon Pintar 5G Keluaran OPPO Kini Melepasi SIRIM, Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Telefon Pintar 5G Keluaran OPPO Kini Melepasi SIRIM, Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Memandangkan Malaysia bakal menyaksikan ketibaan era rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi kelima menjelang suku ketiga tahun ini, kebanyakan pengeluar tempatan dilihat sudah mula bersedia untuk membawa masuk telefon pintar 5G mereka ke pasaran tempatan.

Jika Vivo NEX 3 telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan ketersediaan rangkaian 5G, kini OPPO Malaysia juga telah disahkan akan turut melancarkan telefon pintar 5G keluarannya untuk pasaran tempatan.

Perkara ini berjaya disahkan selepas sebuah model misteri OPPO dengan sokongan jalur spektrum 3500GHz untuk rangkaian 5G telah berjaya melepasi Sijil Pematuhan SIRIM bertarikh 15 Januari 2020.

Namun begitu, buat masa ini model yang akan dibawa masuk ke Malaysia itu masih lagi tidak diketahui. Tetapi berdasarkan maklumat yang dikongsikan, berkemungkinan besar ia mungkin merujuk kepada model OPPO Reno 5G dan bukannya siri OPPO Reno 3. Ini berikutan ia hanya menyokong rangkaian WiFi 802.11ac dan bukannya WiFi 802.11ax.

Papan iklan HUAWEI Mate 30 Pro 5G dengan sokongan Kirin 990 5G di Malaysia kini sudah mula kelihatan.

Sebelum ini HUAWEI Malaysia turut mengesahkan akan membawa masuk telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro 5G dengan sokongan cipset Kirin 990 5G, selepas peranti ini telah berjaya melepasi Sijil Pematuhan SIRIM pada awal bulan yang lalu.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend