Telefon Dengan Kamera 192MP Mungkin Akan Diumumkan Bulan Hadapan Comments Off on Telefon Dengan Kamera 192MP Mungkin Akan Diumumkan Bulan Hadapan

Peniris dari Digital Chat Station telah mengacah kehadiran telefon dengan sensor kamera 192MP dan cipset Snapdragon 765G serta berjanji akan mendedahkan beberapa info mengenainya pada bulan hadapan.

Samsung kini dilaporkan sedang membina sensor kamera 150MP 1″ manakala Xiaomi pula dikatakan bakal menjadi pengeluar yang pertama menggunakannya pada tahun ini. Tidak mengejutkan kerana sebelum ini Xiaomi juga pernah menjadi yang pertama memperkenalkan telefon dengan kamera 108MP.

Bagaimanapun sensor ISOCELL 150MP itu juga dikatakan akan dimuatkan pada peranti OPPO dan vivo pada tahun hadapan.

Penggunaan cip pemproses Snapdragon 765G jelas sekali menunjukkan peranti itu hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan malah sensor 192MP itu juga tidak mustahil akan dimuatkan pada siri Mi Note, Reno, dan Y.

Sensor yang besar menggunakan sistem pengimejan yang kompleks, jadi dengan adanya Snapdragon 765G, anda tidak perlu risau kerana ISP yang terdapat pada cip mampu menampung resolusi gambar yang tinggi. Kami yakin gambar yang dihasilkan melalui sensor 192MP menggunakan teknik yang sama seperti sebelum ini iaitu menggabungkan beberapa gambar kepada satu gambar akhir.

Jadi, jika peranti dengan kamera 192MP benar akan diperlihatkan pada bulan hadapan, apakah model telefon Xiaomi itu ya?

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend