Telefon 5G Daripada Xiaomi Dengan Pengecasan Pantas 66W Melepasi Pensijilan Comments Off on Telefon 5G Daripada Xiaomi Dengan Pengecasan Pantas 66W Melepasi Pensijilan

Kembali ke bulan September yang lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi 9 Pro 5G dengan keupayaan teknologi pengecasan pantas 40W dan pengecasan pantas tanpa wayar 30W.

Terkini, sebuah telefon Xiaomi telah melepasi pensijilan CCC yang mengesahkan peranti tersebut menyokong format pengecasan 11V/6A (66W), sekaligus menjadikan ia yang terpantas berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Menurut data jadual, peranti ini bukan sebahagian daripada keluarga Redmi K30 memandangkan pensijilan K30 sudah ditemui minggu lalu dengan pengecas 30W. Jika data ini mengaitkan peranti Mi Note 10, sudah tentu tidak sama sekali kerana siri Mi Note 10 telah dilancarkan awal bulan ini.

Besar kemungkinan, peranti Xiaomi 5G yang menggunakan kod nama M2001J1E and M2001J1C ini merujuk kepada siri Mi 10 yang akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Ketibaan pengecasan 66W ini bakal menyaingi teknologi pengecasan 65W daripada OPPO. Menerusi OPPO Reno Ace, bateri 4000mAh boleh dicas penuh dari kosong hanya dalam masa 28 minit sahaja. Sementara Realme X2 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini boleh dicas penuh dalam masa 35 minit.

melalui

Baca juga:

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend