Teknologi Rangkaian 5G Huawei Dilaporkan Sekurang-kurangnya 12 Bulan Lebih Progresif Berbanding Pesaingnya Comments Off on Teknologi Rangkaian 5G Huawei Dilaporkan Sekurang-kurangnya 12 Bulan Lebih Progresif Berbanding Pesaingnya

Walaupun teknologi rangkaian 5G masih lagi dalam peringkat percubaan, perancangan untuk membawakan sambungan rangkaian berkelajuan pantas itu menjelang tahun 2019 nanti sudah tentunya mampu mengubah corak penggunaan Internet global.

Melalui satu sesi temu ramah dengan pihak media di China, Huawei dilaporkan telah memperlihatkan teknologi 5G sekurang-kurangnya 12 bulan lebih progresif berbanding pesaingnya yang lain. Perkara ini diperolehi melalui data ujian yang dijalankan oleh rangkaian 5G komersial Huawei di seluruh negara.

Bahkan Eksekutif British Telecom turut berpendapat bahawa Huawei merupakan satu-satunya pembekal rangkaian 5G yang sebenar, dan kenyataan ini telah dikongsikan di dalam Global Mobile Broadband Forum yang berlangsung di London.

Perkara ini ada kebenarannya kerana Huawei dikatakan memiliki lebih daripada 1,600 paten teras untuk 5G, iaitu meliputi 19% daripada keseluruhan piawaian 5G ESTI. Huawei dijangka akan memperkenalkan telefon pintar 5G yang dilengkapi dengan cip 5G menjelang pertengahan tahun 2019 nanti.

Buat masa ini Huawei berjaya memiliki sebanyak 26 kontrak komersial rangkaian 5G dan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 50 rakan niaga di seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend