Teknologi Pengecasan Pantas Baharu Daripada realme Akan Dikenali Sebagai SUPERDART Comments Off on Teknologi Pengecasan Pantas Baharu Daripada realme Akan Dikenali Sebagai SUPERDART

Pada awal kemunculannya, realme sebenarnya merupakan sebuah sub-jenama daripada pengeluar telefon pintar terkenal dari China iaitu OPPO. Namun sejak diasingkan daripada OPPO pada tahun lepas dan beroperasi sebagai jenama sendiri, realme dilihat cuba lari daripada bayang-bayang OPPO dengan mengumumkan akan tampil dengan antaramukanya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, realme juga baru-baru ini juga dilihat telah mula memohon tanda dagang untuk teknologi pengecasan pantas yang dibangunkannya sendiri iaitu dikenali sebagai ‘SUPERDART’. Walau bagaimanapun, permohonan tanda dagang yang dibuat pada 27 Disember 2019 itu tidak mendedahkan spesifikasi terperinci berhubung teknologi pengecasan pantas tersebut.

Sebagai rujukan, realme X2 Pro sebelum ini telah diperkenalkan dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 50W menggunakan teknologi SuperVOOC Flash Charge daripada OPPO. Manakala OPPO Reno Ace pula telah dikuasakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend