Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Telah Digunakan Pada Lebih 100 Juta Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Comments Off on Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Telah Digunakan Pada Lebih 100 Juta Telefon Pintar Di Seluruh Dunia

Di dalam majlis ‘SuperVOOC Flash Charge Open Day’ yang berlangsung di Shanghai, China, OPPO dengan rasminya telah melesenkan teknologi VOOC Flash Charge (termasuk SuperVOOC Flash Charge). Apa yang lebih menariknya, OPPO turut mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 100 juta telefon pintar di seluruh dunia buat masa ini.

Malah OPPO juga telah menandatangani perjanjian lesen paten dengan enam pengeluar cip dan terminal, sekaligus membantu OPPO untuk memacu industri pembangunan pengecasan pantas dan bersama-sama membina ekosistem VOOC Flash Charge dengan rakan kongsi dalam industri bagi menawarkan pengalaman pengecasan pantas yang terbaik untuk pengguna.

Menurut Yiren Shen selaku Naib Presiden Global dan juga Presiden OPPO di China, sejak diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu, OPPO tidak pernah berhenti melakukan kajian, pembangunan, dan dalam masa yang sama sentiasa memastikan masa pengecasan yang jauh lebih pantas.

Baca juga:

Pembelian Model Terpilih OPPO Dengan Teknologi VOOC/SuperVOOC Akan Menerima Bekas Minuman Eksklusif Secara Percuma

OPPO R17 Pro Mampu Dicas Sehingga 92% Dalam Tempoh 30 Minit, Mendahului 59 Model Lain

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend