Tarikh Pelancaran Peranti Vivo Dengan Rekaan Futuristik Kini Diketahui Comments Off on Tarikh Pelancaran Peranti Vivo Dengan Rekaan Futuristik Kini Diketahui

Beberapa hari lalu kami ada berkongsi maklumat mengenai peranti Vivo yang akan menggunakan kod nama ‘The Waterdrop’. Ia telah menjadi tradisi Vivo memperkenalkan peranti futuristik setiap tahun bermula tahun lalu melalui Vivo X20 Plus UD. Pada masa itu kita dapat melihat teknologi pengimbas cap jari pada skrin telefon pintar telah direalisasikan.

Kini, melalui poster acah yang terbaru, Vivo ‘The Waterdrop’ akan diperkenalkan kepada khalayak umum pada 24 Januari 2019. Berdasarkan imej, ramai yang meramal peranti kali ini akan dilengkapi binaan luaran yang lebih licin seakan permukaan air.

Apa yang pasti, Vivo tidak akan mengenakan reka bentuk yang bersegi seperti telefon pintar sedia ada. Namun begitu, ia masih belum boleh dipastikan adakah ‘The Waterdrop’ akan dijual sejurus selepas pelancaran atau hanya untuk dipertonton semata-mata.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend