
Dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan November 2019 yang lalu, Motorola Razr sebelum ini telah dijadualkan sudah boleh dipra-tempah secara rasmi bermula 26 Disember ini pada harga USD1,499 (~RM6,200). Manakala penerimaan peranti akan diterima seawal 9 Januari 2020 nanti.
Namun sebelum tarikh pra-tempah itu tiba, Motorola baru-baru ini telahpun mengumumkan bahawa pra-tempah dan juga ketersediaan jualan Motorola Razr terpaksa ditunda. Perkara ini diumumkan selepas Motorola mendakwa bahawa permintaan terhadap peranti dengan skrin boleh lipat pertamanya itu menerima permintaan yang sangat tinggi.
Buat masa ini pihak Motorola masih lagi belum mendedahkan tarikh baharu untuk pra-tempah peranti itu, tetapi tarikh ketersediaannya dijangka tidak jauh berbeza dengan tarikh asal.
Baca juga:
Motorola razr Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Berukuran 6.2 Inci Kini Dilancarkan Secara Rasmi