Tangkap Skrin Sahkan iQOO Neo 3 Akan Sokong Skrin 120Hz Dan Snapdragon 865 5G Comments Off on Tangkap Skrin Sahkan iQOO Neo 3 Akan Sokong Skrin 120Hz Dan Snapdragon 865 5G

Sebelum ini iQOO selaku sub-jenama daripada Vivo ini telahpun mengumumkan bahawa telefon pintar terbaharu keluarannya iaitu iQOO Neo 3 akan dikuasakan dengan Snapdragon 865 5G dan juga kadar segar semula skrin yang tinggi.

Menariknya DigitalChatStation yang merupakan peniris popular di Weibo, baru-baru ini telah mula memuat naik dua keping tangkap skrin peranti dengan nombor model PD1981 yang dipercayai milik iQOO Neo 3.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, iQOO Neo 3 telah disahkan akan menyokong tiga pilihan mod kadar segar semula skrin iaitu 60Hz, 90Hz dan maksimum sehingga 120Hz.

Selain itu ia juga disahkan menyokong cipset Snapdragon 865 5G, dan tangkap skrin ini turut memperlihatkan sokongan RAM 6GB dan juga storan 128GB.

Buat masa ini tarikh pelancaran iQOO Neo 3 masih lagi belum diumumkan, tetapi ia dijangka akan berlangsung sekitar bulan April ini.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend