Tambah Nilai Celcom Xpax Melalui Boost Untuk Dapatkan 4GB Data Percuma Comments Off on Tambah Nilai Celcom Xpax Melalui Boost Untuk Dapatkan 4GB Data Percuma 187

Berita baik buat pengguna Celcom Xpax, kini anda boleh mendapatkan 4GB data internet percuma apabila menambah nilai menggunakan aplikasi Boost.

Apa yang perlu anda buat ialah tambah nilai minimum RM30 untuk nombor Xpax bagi mendapatkan data internet percuma sebanyak 4GB untuk 24 jam. Data ini akan diberikan selepas dua hari (waktu bekerja) tambah nilai dibuat. Promosi ini ditawarkan kepada 15,000 pelanggan terawal sahaja sehingga 2 Julai 2019.

Data internet yang diberikan adalah bebas dan boleh digunakan untuk menonton video, menstrim muzik, bermain permainan mudah alih, serta panggilan video sepanjang hari.

Bagi anda yang masih belum memuat turun aplikasi Boost, anda boleh mendapatkannya di Play Store dan App Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend