Takuk Huawei P20 Pro Ketinggalan Tetapi Ada Kelebihannya Comments Off on Takuk Huawei P20 Pro Ketinggalan Tetapi Ada Kelebihannya

Walaupun takuk Huawei P20 Pro agak besar di mata kami selepas melihat takuk kecil pada Oppo F9 dan Vivo V11, kami mendapati peranti Huawei tersebut masih ada kelebihannya yang tersendiri.

Pengguna Huawei P20 Pro diberi pilihan untuk menyembunyikan takuk skrin mereka pada bila-bila masa jika diperlukan. Sebaliknya untuk dua peranti Oppo F9 dan Vivo V11, pengguna tidak diberi pilihan untuk menyembunyikan takuk titisan air tersebut.

(kiri) Oppo F9 dan Vivo V11

Kebolehan yang dapat dilakukan peranti Huawei adalah daripada sistem antaramukanya iaitu EMUI. Melalui ciri ini, skrin akan dihitamkan untuk diselarikan dengan takuk sekaligus pengalaman menatap skrin menjadi lebih selesa. Pada hemat kami, rekaan skrin bertakuk sebenarnya tidak kemas dan mengganggu penglihatan.

Tetapan boleh dibuat di bahagian Settings > Display > Notch

Dengan kelengkapan dalaman Huawei P20 Pro yang berprestasi tinggi, pengguna ditawarkan cip pemproses Kirin 970, memori 6GB RAM dan 128GB storan. Selain daripada paparan seluas 6.1-inci OLED, pengguna juga dibekalkan bateri tahan lama 4,000mAh. Lebih menariknya, Huawei P20 Pro masih lagi kekal sebagai pemegang takhta raja telefon berkamera dengan skor DxOMark sebanyak 106 mata.

Beli: Huawei P20 Pro di Huawei Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend