Takhta Teratas DxOMark Kini Dirampas Oleh Samsung Galaxy Note 10+ 5G Dengan 113 Mata Comments Off on Takhta Teratas DxOMark Kini Dirampas Oleh Samsung Galaxy Note 10+ 5G Dengan 113 Mata 148

Seperti yang kita sedia maklum, DxOMark telah menjadi penanda aras popular yang digunakan oleh pengeluar telefon pintar untuk melihat keupayaan penggambaran peranti keluaran mereka. Jika sebelum ini takhta teratas DxOMark telah dikongsi kedudukannya oleh model HUAWEI P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G, akhirnya kedudukan itu telah berjaya dirampas oleh model terbaharu daripada Samsung.

Samsung Galaxy Note 10+ 5G kini telah berada di kedudukan teratas DxOMark dengan memperolehi 113 mata, iaitu satu mata lebih tinggi berbanding HUAWEI P30 Pro dan  juga Galaxy S10 5G. Sebagai rujukan Galaxy Note 10+ 5G telah tersedia dengan konfigurasi empat kamera beresolusi 12MP (f/1.5-f/2.4) + 16MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 12MP (Telephoto, f/2.1) + ToF sensor.

Jika dilihat pada keupayaan penggambaran statik, Galaxy Note 10+ 5G mencatatkan 118 mata, yang mana satu mata lebih tinggi berbanding Galaxy S10 5G dan satu mata lebih rendah berbanding HUAWEI P30 Pro. Namun begitu, keupayaan rakaman videonya telah berjaya memperolehi skor yang lebih tinggi iaitu mencecah 101 mata.

sumber

Baca juga:

Pra-tempah Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Dibuka Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM1159

[Pra Pandang] Samsung Galaxy Note 10 / Note 10+, Ini Ciri Menarik Yang Kami Suka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend