Tak Perlu Lagi Power Bank Kalau Guna Telefon Pintar Keluaran Energizer Ni! 0 152

Energizer sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa jenama ini merupakan salah satu daripada pengeluar bateri yang paling popular di pasaran.

Kini ada berita gembira kerana Energizer telah bercadang untuk menampilkan model telefon pintar baharu keluaran mereka yang dikenali sebagai Energizer Power Max P16K Pro. Jikalau Energizer sendiri pun hendak berkecimpung dalam dunia pembuatan telefon pintar, perkara utama yang akan difokuskan sudah tentunya berkaitan bateri peranti itu sendiri. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan kapasiti bateri mencecah sehingga 16,000 mAh pada model baharu tersebut.

Sungguhpun begitu, Energizer Power Max P16K Pro yang didedahkan merupakan unit prototaip yang masih belum dapat digunakan. Tetapi menurut Energizer, model dengan kapasiti bateri sangat besar ini akan dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo, dikuasakan dengan pemproses Octa Core MediaTek MT6763T Helio P23, ruang storan sebesar 128GB, memori RAM 6GB, dan juga skrin FHD+ 18:9 berukuran 5.99 inci.

Ia juga dikatakan menyokong empat kamera beresolusi 16 Megapiksel + 13 Megapiksel untuk lensa utama, serta 13 Megapiksel + 5 Megapiksel untuk lensa swafoto. Setakat ini tiada sebarang maklumat rasmi mengenai ketersediaan di pasaran dan juga harga untuk Energizer Power Max P16K Pro.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend