Switch Anjur Jualan Penghabisan Stok Untuk Tempoh Terhad 0 307

Mungkin ada antara pembaca di luar sana yang sudah lama ‘mengidam’ untuk memiliki produk keluaran Apple bukan?! Tetapi disebabkan harga jualannya yang agak tinggi menyebabkan ramai antara anda yang terpaksa melupakan hasrat untuk mencuba produk ‘buah’ ini.

Nampaknya hasrat untuk menggunakan produk Apple ini akan menjadi kenyataan kerana Switch selaku salah satu daripada pengedar sah produk Apple di Malaysia akan menganjurkan jualan penghabisan stok untuk tempoh terhad iaitu mulai 2 hingga 4 Mac 2018 nanti. Berdasarkan perkongsian rasmi di laman web Switch, promosi ini akan berlangsung di MyTown Shopping Mall Kuala Lumpur, dan setiap produk yang dijual adalah sangat terhad unitnya.

Untuk rujukan pembaca, setiap produk yang dijual melalui promosi termaktub pada terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu :

  • Tiada jaminan waranti.
  • Pembeli boleh memulangkan semula unit yang dibeli dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian sekiranya rosak.
  • Setiap pelanggan hanya layak membeli satu unit sahaja bagi setiap produk.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend