
SwiftKey yang merupakan salah satu aplikasi papan kekunci popular di kalangan pengguna telefon pintar telah memperkenalkan Swiftmoji beberapa tahun yang lepas. Berbeza dengan SwiftKey, Swiftmoji lebih memfokuskan kepada ramalan emoji berasaskan kepada input teks yang ditaip oleh pengguna.
Melalui blog rasmi SwiftKey, pembangun aplikasi ini telah membuat pengumuman untuk menghentikan kemas kini untuk aplikasi Swiftmoji bermula dari hari ini. Keputusan ini diambil selepas fungsi yang ditawarkan oleh Swiftmoji telah diintegrasikan terus pada SwiftKey, sekaligus membolehkannya untuk menyokong fungsi ramalan emoji, GIF dan juga stiker.
Walau bagaimanapun, pengguna yang sudah memuat turun Swiftmoji masih boleh menggunakannya seperti biasa tetapi mereka disarankan untuk beralih terus ke SwiftKey bagi mendapatkan penerimaan kemas kini yang berterusan.
Muat turun aplikasi SwiftKey: