Stok Huawei Mate X Sekurang-kurangnya 100,000 Unit Sebelum Julai Nanti Comments Off on Stok Huawei Mate X Sekurang-kurangnya 100,000 Unit Sebelum Julai Nanti

Tahun pertama untuk telefon pintar boleh-lipat boleh memakan masa yang lama untuk dihasilkan di lantai pengeluaran. Ini disebabkan pihak pengeluar harus berhati-hati dengan teknologi baharu bagi mengelakkan kecacatan pada setiap unit peranti. Menurut laporan terbaru, Huawei kini sedang meningkatkan usaha dalam melakukan ujian pada skrin boleh-lipat Huawei Mate X.

Syarikat ini juga dilaporkan telah meningkatkan jumlah pengeluaran Huawei Mate X kepada 100,000 unit untuk memenuhi permintaan penjualan kumpulan pertama nanti. Pada masa sama, sumber turut memberitahu Huawei akan memulakan penawarkan peranti ini sekitar bulan Jun kelak!

Terdahulu, Huawei dikhabarkan akan menyediakan stok peranti ini dalam jumlah lebih kurang 80,000 unit. Memandangkan bekalan yang diterima daripada BOE adalah sangat terhad, Huawei mungkin akan mengehadkan kitaran hayat produk kepada 300,000 unit sahaja. Jumlah ini adalah jauh lebih rendah berbanding Samsung yang mempunyai bekalan sehingga 700,000 unit untuk Galaxy Fold.

Memandangkan Samsung telah menunda penjualan Galayx Fold mereka, kini ramai pula yang tertumpu pada Huawei Mate X. Oleh kerana Mate X akan dikeluarkan pada bulan Jun nanti, kita boleh menjangkakan yang pihak Huawei akan menyelesaikan segala kemungkinan pada skrin boleh-lipat mereka.

Baca juga:

Pelancaran Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Turut Ditunda, Ini Penjelasan Mereka

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend