Sri Lanka Sekat Akses Media Sosial Berikutan Siri Pengeboman Terbaru Comments Off on Sri Lanka Sekat Akses Media Sosial Berikutan Siri Pengeboman Terbaru

Sri Lanka telah digegarkan dengan siri letupan bom di beberapa gereja semalam bersempena Paskah (Ester Sunday) – hari perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus dibangkitkan. Sekurang-kurangnya 290 nyawa terkorban di beberapa gereja di Colombo, Batticaloa, dan Negombo.

Sejurus letupan berlaku, mula tersebarnya pelbagai spekulasi dan berita palsu mengaitkan kejadian dengan pengebom berani mati. Bagi mengelak daripada berlakunya perbalahan antara penduduk di sana, sejak 2 petang hari kejadian, kerajaan Sri Lanka telah melaksanakan sekatan akses kepada media sosial.

Antara aplikasi yang terkesan adalah platfom tiga serangkai popular dunia iaitu Facebook, Instagram, dan WhatsApp. Aplikasi Viber turut dilaporkan disekat manakala akses ke Twitter pula dilihat tidak terjejas.

Selain sekatan kepada media sosial, Sri Lanka turut mengeluarkan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi di seluruh negara. Perintah terbaru yang dikeluarkan pula kini diubah dari 8 malam hingga 4 pagi untuk hari Selasa.

Sekatan terhadap media sosial bukan kali pertama dilakukan di Sri Lanka. Ia pernah dilakukan semasa rusuhan agama pada bulan Mac tahun lalu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend