Spotify Premium Kini Ditawarkan Pada Harga RM15.90 Selama 3 Bulan Untuk Pelanggan Baru Comments Off on Spotify Premium Kini Ditawarkan Pada Harga RM15.90 Selama 3 Bulan Untuk Pelanggan Baru

Bermula hari ini, pelanggan baru boleh menikmati perkhidmatan penstriman muzik Spotify Premium tanpa gangguan iklan, muat turun lagu kegemaran dan keupayaan melangkau muzik tanpa had pada harga tawaran yang sangat menarik.

Dengan membayar hanya RM15.90 untuk akaun individu, anda boleh menikmati Spotify Premium untuk tempoh 3 bulan pertama (RM15.90 untuk setiap bulan berikutnya). Tawaran istimewa sempena musim cuti ini terbuka untuk pengguna yang layak melalui telco terpilih di laman www.spotify.com/my.

Sebagai alternatif, langganan 3 bulan percuma ini juga terbuka untuk pelanggan yang membuat langganan Spotify Premium dengan menggunakan kad kredit di laman rasmi Spotify. Kedua-dua tawaran ini hanya tersedia kepada mereka yang belum pernah melanggan Spotify Premium sebelum ini.

Manakala untuk tempoh terhad (sehingga 1 Januari 2020), pengguna yang sebelum ini pernah melanggan Spotify Premium akan boleh menikmati langganan 3 bulan dengan harga hanya RM14.90 untuk pengguna yang layak. Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak dapat dinikmati oleh pengguna yang menamatkan langganan Premium mereka selepas 19 Oktober 2019.

Baca juga:

Akaun Spotify Anda Akan Disekat Jika Anda Cuba Menghalang Iklan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend