Spotify Perkenal Aplikasi Baharu Bagi Memudahkan Akses Serta Kawalan Pada Apple Watch Comments Off on Spotify Perkenal Aplikasi Baharu Bagi Memudahkan Akses Serta Kawalan Pada Apple Watch

Spotify sememangnya popular di kalangan pemilik telefon pintar kerana ia menawarkan koleksi lagu terkini yang sesuai didengari dalam apa jua situasi, termasuklah ketika bersenam, belajar mahupun ketika berehat.

Menyedari akan keperluannya dalam menawarkan pengalaman mudah alih yang terbaik, Spotify hari ini telah memperkenalkan aplikasi baharu untuk Apple Watch. Dengan adanya aplikasi khas ini, pengguna boleh terus mengakses aplikasi penstriman muzik Spotify dengan lebih mudah dan dalam masa yang sama menawarkan keupayaan untuk mengawal muzik yang dimainkan.

Aplikasi baharu Spotify untuk Apple Watch ini juga menjanjikan pengalaman kawalan yang lebih sempurna tanpa perlu mengeluarkan iPhone dari dalam poket atau beg. Sokongan ‘favorite track’ juga membolehkan pengguna untuk terus memasukkan lagu tersebut dalam senarai lagu kegemaran.

Aplikasi Spotify untuk Apple Watch dengan versi 8.4.79 boleh dimuat turun di App Store tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend