Spigen Perkenal Sarung Pelindung iPhone X Yang Diinspirasikan Dari Rekaan Klasik Apple Comments Off on Spigen Perkenal Sarung Pelindung iPhone X Yang Diinspirasikan Dari Rekaan Klasik Apple

Apple baru-baru ini telah menyambut ulang tahun yang ke-20 iMac G3 dan bagi meraikannya, pengeluar aksesori popular Spigen telah memperkenalkan beberapa sarung pelindung istimewa yang diinspirasikan dari rekaan klasik komputer keluarannya itu. Ini jelas dapat dilihat melalui kombinasi warna iMac G3 seperti Bondi Blue, Ruby, Sage dan juga Graphite.

Sarung pelindung istimewa yang dikenali sebagai Classic C1 ini telahpun dilancarkan melalui laman Indiegogo dengan harga jualan yang bermula dari USD18 atau kira-kira RM70. Apa yang menariknya, Classic C1 ini didatangkan dalam tiga bahagian berasingan iaitu bahagian dalaman yang diperbuat daripada bahan yang lembut dengan bahagian permukaannya kelihatan mirip seperti komponen dalaman iMac. Manakala dua bahagian luarannya pula diperbuat daripada plastik lut sinar.

Selain daripada Classic C1, Spigen turut memperkenalkan satu lagi sarung pelindung istimewa iaitu Classic One yang menampilkan rekaan klasik iPhone 2G. Berbeza dengan Classic C1, rekaan Classic One tampil lebih ringkas dengan penggunaan kombinasi warna hitam dan kelabu.

Spigen telah merancang untuk mula menghantar sarung pelindung Classic C1 ini pada mereka yang telah membuat pembayaran di Indiegogo mulai Jun 2018 nanti. Sekiranya tempahan yang diterima adalah mencukupi, Spigen akan memperkenalkan warna tambahan termasuklah Grape dan Blueberry.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend