Spesifikasi Vivo U10 Yang Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Esok Mula Didedahkan Kepada Umum Comments Off on Spesifikasi Vivo U10 Yang Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Esok Mula Didedahkan Kepada Umum 347

Vivo India telah merancang untuk melancarkan model kelas pertengahan terbaharunya untuk pasaran di India menjelang esok iaitu 24 September 2019. Namun tanpa perlu menunggu hari pelancaran, spesifikasi Vivo U10 kini sudahpun mula didedahkan kepada umum melalui laman rasmi Vivo India.

Berdasarkan pendedahan rasmi itu, Vivo U10 akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665, RAM berkapasiti 4GB, dan juga slot microSD yang mampu menyokong sehingga 256GB. Tampil dengan paparan skrin HD+ berukuran 6.35 inci, Vivo U10 turut dilengkapi dengan bateri besar berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Dengan rekaan takuk titisan air bagi menempatkan kamera swafoto, Vivo U10 menjanjikan penggambaran tiga kamera AI beresolusi 13MP + 8MP (AI Super Wide Angle) + 2MP (Portrait Bokeh). Vivo U10 juga akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Electric Blue dan juga Thunder Black.

melaluisumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend