Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S5 5G Selaku Tablet 5G Pertama Di Dunia Mula Tertiris Comments Off on Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S5 5G Selaku Tablet 5G Pertama Di Dunia Mula Tertiris

Samsung Galaxy Tab S6 dengan sokongan rangkaian 4G sebelum ini telahpun ditawarkan untuk pasaran tempatan pada Oktober 2019 yang lalu pada tanda harga RM3,099. Bahkan ketirisan tentang kemunculan varian 5G untuk model tablet ini juga telah mula didedahkan selepas Samsung Korea mula menyenaraikannya dalam laman rasmi mereka pada Disember 2019 yang lepas.

Samsung Galaxy Tab S6 varian 4G.

Walaupun tarikh pelancaran tablet 5G pertama di dunia itu masih belum didedahkan, kini spesifikasi Samsung Galaxy Tab S6 5G pula telah mula didedahkan di Internet. Berdasarkan ketirisan spesifikasi tersebut, varian 5G ini dilihat masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama sahaja seperti varian 4G.

Ini termasuklah sokongan skrin Super AMOLED berukuran 10.5 inci WQXGA (1600 x 2560 piksel), konfigurasi memori 6GB + 128GB, slot kad microSD sehingga 1TB, dan akan dioperasikan dengan cipset Snapdragon 855 (7nm). Hadir dengan kerangka berukuran 244.5 x 159.5 x 5.7mm, ia turut dijana dengan bateri berkapasiti 7040mAh.

Walau bagaimanapun, Galaxy Tab S6 5G dipercayai akan hanya diperkenalkan dalam satu warna sahaja iaitu Mountain Grey. Ia dijangka akan dilancarkan di Korea Selatan bermula suku pertama tahun ini.

sumber, melalui

Baca juga:

Samsung Galaxy Tab S6 5G Disahkan Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend