Spesifikasi Samsung Galaxy S20+ Tertiris – Skrin 120Hz, Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Dan Bateri 4500mAh Comments Off on Spesifikasi Samsung Galaxy S20+ Tertiris – Skrin 120Hz, Pengimbas Cap Jari Ultrasonik Dan Bateri 4500mAh

Sememangnya ramai di antara pengguna yang tidak sabar menantikan hari pelancaran siri Samsung Galaxy S20 yang akan dijangka berlangsung pada 11 Februari depan.

Menariknya baru-baru ini portal xdadevelopers telah mendedahkan ketirisan spesifikasi yang akan disokong oleh Samsung Galaxy S20+. Berdasarkan perkongsian itu, peranti mercu Samsung ini dilaporkan akan menyokong paparan skrin dengan resolusi 3200 x 1440 piksel yang menampilkan nisbah paparan 20:9.

Tidak cukup dengan itu, Galaxy S20+ juga telah disahkan akan mengekalkan sokongan ciri biometrik menggunakan sensor pengimbas cap jari ultrasonik. Berbeza dengan teknologi sensor optikal, sensor ultrasonik tidak memerlukan bantuan pencahayaan.

Apa yang lebih istimewanya, buat pertama kalinya Samsung Galaxy S20+ merupakan peranti pertama daripada Samsung yang menawarkan paparan skrin dengan kadar segar semula mencecah 120Hz.

Menurut sumber, Galaxy S20+ juga akan turut menyokong bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Bahkan ia juga telah disahkan tidak tersedia dengan bicu audio 3.5mm.

Selain itu ia juga menyokong RAM berkapasiti 11GB, yang berkemungkinan akan diiklankan sebagai 12GB RAM. Manakala untuk varian Snapdragon 865, ia dijangka menggunakan RAM LPDDR5.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend