Spesifikasi Redmi Note 9 Pro Tertiris, Dipercayai Sokong Snapdragon 720G, 5020mAh Dan Kuad Kamera 48MP Comments Off on Spesifikasi Redmi Note 9 Pro Tertiris, Dipercayai Sokong Snapdragon 720G, 5020mAh Dan Kuad Kamera 48MP

Berdasarkan perkongsian @ishanagarwal24 yang sememangnya terkenal dengan ketirisan maklumat produk yang masih belum dilancarkan, beliau telah berkongsi sokongan spesifikasi yang didakwa milik Redmi Note 9 Pro.

Melalui pendedahan yang dibuat, Redmi Note 9 untuk varian Pro ini dikatakan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G, dan akan ditawarkan dalam dua pilihan memori iaitu 4GB + 64GB dan juga 6GB + 128GB.

Redmi Note 9 Pro juga dikatakan akan menyokong paparan skrin Gorilla Glass 5 IPS LCD berukuran 6.67 inci FHD+, dan juga lubang kamera depan beresolusi 16MP.

Keupayaan penggambaran kamera utamanya pula tersedia dengan kombinasi lensa 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + Depth sensor. Redmi Note 9 Pro ini akan turut dijana oleh bateri berkapasiti 5020mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W.

Dipercayai akan diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black, Redmi Note 9 Pro sebelum ini telah dijadualkan akan dilancarkan di India pada 12 Mac 2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend