Spesifikasi realme C3 Pula Tertiris Sebelum Pelancaran Comments Off on Spesifikasi realme C3 Pula Tertiris Sebelum Pelancaran

Semalam kami telah berkongsi kepada anda tarikh pelancaran realme C3 yang akan berlaku pada 6 Februari ini di India.

Selepas kejayaan realme C2 pada tahun lalu, realme sekali lagi ingin membuat kemunculan untuk peranti generasi terbaru kelas pertengahan-bawah ini kepada orang ramai.

Menurut beberapa keping poster yang dijumpai di arena web, realme C3 bakal dilengkapi paparan takuk titisan air 6.5-inci HD+ yang dikatakan dilindungi Gorilla Glass – tidak diberitahu generasi ke berapa.

Aspek penggambaran, realme C3 hadir dengan sistem dwikamera belakang seperti model terdahulu tetapi dengan kamera dipertingkat 12MP – satu lagi tidak diketahui tapi berkemungkinan 2MP.

Peranti ini bakal dikuasakan bateri sebesar 5000mAh yang mana paling besar pernah diletakkan pada siri-C. Bateri ini didakwa dapat bertahan sehingga 30 hari – 20.8 jam untuk YouTube dan 10.6 jam untuk permainan PUBG Mobile.

Selain memori 3GB+32GB dan 4GB+64GB dan cipset MediaTek Helio G70, butiran lain dipercayai akan tertiris menjelang pelancaran rasmi minggu hadapan. Jadi sama-sama kita nantikan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend