Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 865 Tertiris, Janji Peningkatan Prestasi CPU Sehingga 20% Comments Off on Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 865 Tertiris, Janji Peningkatan Prestasi CPU Sehingga 20%

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada awal Disember nanti, Qualcomm bakal memperkenalkan cipset terbaharunya iaitu Snapdragon 865 yang akan berlangsung di Hawaii. Belum sempat didedahkan secara rasmi, spesifikasi awal pengganti cipset Snapdragon 855+ ini sudah mula berjaya ditiriskan oleh sumber yang boleh dipercayai di laman Weibo.

Menurut maklumat awal tersebut, Snapdragon 865 menyokong lapan teras dengan konfigurasi 1x Cortex-A77 2.84GHz + 3x Cortex-A77 2.42GHz + 4x Cortex-A55 1.8GHz. Manakala untuk sokongan grafik pula, ia akan dilengkapi dengan Adreno 650 yang berkelajuan 587MHz.

Jika dibandingkan dengan cipset Snapdragon 855, Snapdragon 865 dikatakan mampu menjanjikan peningkatan prestasi CPU sehingga 20%. Malah prestasi GPU juga akan dipertingkatkan sekitar 17% hingga 20% berbanding sebelum ini.

Cipset terbaharu daripada Qualcomm ini dikatakan akan dibangunkan berasaskan daripada proses 7nm daripada Samsung, dan ia berkemungkinan besar akan menyokong rangkaian 4G dan juga 5G. Sebelum ini juga ada khabar angin yang berpendapat bahawa Snapdragon 865 akan turut menyokong RAM LPDDR5.

melalui, sumber 

Baca juga:

Qualcomm Bakal Perkenalkan Snapdragon 865 Pada Awal Bulan Disember Ini

Qualcomm Dipercayai Akan Lancar Cipset Snapdragon 865 Menggunakan Pemproses 7nm Generasi Kedua

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend