Spesifikasi Peranti Misteri Redmi Dengan Sokongan Snapdragon 855 Tertiris?! Comments Off on Spesifikasi Peranti Misteri Redmi Dengan Sokongan Snapdragon 855 Tertiris?!

Pada awal tahun 2019 yang lalu, Redmi telah diperkenalkan sebagai sub-jenama daripada Xiaomi. Ternyata keputusan yang dibuat memberikan kelebihan kepada Redmi kerana ia tidak lagi terhad dengan cipset kelas pertengahan sahaja, berikutan terdapat khabar angin yang memberi petunjuk bahawa Redmi akan tampil dengan peranti misteri yang menyokong cipset Qualcomm Snapdragon 855.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, ia akan tampil dengan paparan skrin sebesar 6.39 inci beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Jika dilihat pada ketirisan imej sebelum ini, peranti misteri ini berkemungkinan tampil dengan rekaan skrin penuh tanpa kehadiran takuk pada bahagian atas paparan.

Lu Weibing selaku Pengurus Besar Redmi sebelum ini dilihat memegang peranti Redmi yang dipercayai merupakan model terbaharu yang akan diperkenalkan nanti.

Telefon pintar Redmi dengan sokongan Snapdragon 855 ini juga dipercayai menawarkan keupayaan penggambaran yang agak menarik iaitu kamera depan 32MP, dan juga tiga kamera utama beresolusi 48MP + 8MP + 13MP. Walaupun sistem lensa peranti ini tidak didedahkan, berkemungkinan besar ia tampil dengan sistem kamera telefoto dan juga penggambaran sudut luas.

Selepas dizum dengan lebih dekat, peranti misteri itu jelas memperlihatkan sokongan paparan skrin penuh tanpa takuk.

Selain itu, ia juga dikatakan akan turut menawarkan konfigurasi memori yang agak baik iaitu RAM berkapasiti 8GB, dan juga ruang storan sebesar 128GB. Bahkan buat masa ini, ada desas-desus yang mengatakan bahawa Redmi dengan Snapdragon 855 ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei atau Jun 2019 nanti. Benar atau tidak, sama-sama kita tunggu pendedahannya nanti.

sumber

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend